Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan Rasulullah SAW untuk umat Islam. Tujuan Bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara "DETOKSIFIKASI" yang sangat berkesan/mujarab serta tiada kesan sampingan.
APA PUN PENYAKITNYA..., KESEMBUHAN ADALAH DI TANGAN ALLAH TAALA JUA HANYA DENGAN NIAT KARENA ALLAH, BERDOA KEPADA ALLAH DAN BERIKTIHAR, INSYA ALLAH KESEMBUHAN AKAN KITA TEMUI JUA... USAH RASA TERTEKAN DENGAN PENYAKIT, ITU TANDANYA DIA SAYANGKAN KITA... wallhu a'lam

Bekam Melumpuhkan Sihir

Apakah kaitan antara Bekam dengan Sihir??? 

Kita sudah mengetahui tentang bekam, lantas apakah sihir itu??? Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qoyyim sihir adalah: "Kombinasi dari pengaruh roh-roh jahat serta reaksi kuat yang alamiah terhadapnya. Sihir terjadi melalui makanan atau minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. 

Lantas jin yang mengalir dalam aliran darah sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam merupakan tindakan yang paling efektif. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir kecuali AL-QURANUL KARIM yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. 

Alangkah baiknya apabila 2 cara penyembuhan di gabungkan, iaitu Al-Quran dan Bekam. Allahu Akhbar!

BEKAM DI TENGKUK

Abu Na'im dalam bukunya at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu', "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."
Pada hadith lain disebutkan, "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk,kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."

BEKAM DI PELIPIS KENING

Anas bin Malik menceritakan, "Dahulu Rasulullah SAW biasa berbekam pada bahu dan dua pelipis kening baginda." Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada dua pelipis kening dan bahunya. Pada Sunan Ibnu Majah diriwayatkan daripada Ali bahawa Jibril pernah turun menemui Rasulullah SAW untuk mengajarkan bekam pada dua pelipis (kening) dan bahu baginda.

KEDUDUKAN TUKANG BEKAM.
Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."
Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.


KEBAIKAN BERBEKAM:

  1. Menghilangkan pengaruh sihir,bisa santau dan racun.
  2. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  3. Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  4. Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam.
  5. Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi.
  6. Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar,kebas-kebas tangan dan kaki.
  7. Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
  8. Membantu meringankan tubuh.Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  9. Membantu menajamkan penglihatan.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur

No comments:

Post a Comment